
- Bahagian atas logo Jabatan bomba dan Penyelamat, Malaysia terdapat bentuk bulan sabit dan bintang yang membawa makna bahawa nilai-nilai Islam dan nilai-nilai murni diserapkan ke dalam budaya kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.
- Topi keledar dan kapak bersilang bermaksud keselamatan kepada personel Jabatan yang memberikan perkhidmatan secara profesional.
- Bunga padi melambangkan kuasa untuk melaksanakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dan juga kemakmuran negara.
- Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi, warna kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dan warna biru melambangkan air yang digunakan sebagai media utama pemadaman kebakaran.


